Thursday, November 6, 2008

Al Fatihah


5 Nov 2008 - Pemergian seorang kawan sepejabat yang begitu akrab, lebih dari seorang ayah bagi ku ...

Jam 8.30 mendapat sms dari bos menyatakan Che Mat pengsan di Klinik..... dalam firkiran ku ingatkan pengsan biasa sahaja ..... rupa-rupanya beliau di serang sakit jantung yang begitu serius.

Jam 8.45 - Bos menelefon menyatakan bahawa En Mat telah kembali ke rahmatullah di Klinik, Aku segera ke Pusat Sejahtera USM, ramai member sepejabat PTPM dan se USM datang menziarah.

Jam 9.45 - Anak bongsu beliau dan menantu beliau sampai ke Pusat Sejahtera, kedengaran tangisan sayu anak perempuan beliau. Disusuli isteri dan anak pertama dan menantu beliau Rosman sampi ke Pusat Sejahtera,

Jam 10.00 pagi - Pihak polis datang untuk mengesahkan kematian dan mengeluarkan sijil perkuburan.

Jam 10.30 pagi - Jenazah di bawa ke Pusat Islam, Masjid Al Malik Khalid untuk semua sahabat dan keluarga menziarah.

Jam 3.00 ptg - Jenazah di mandikan , aku melihat En Hamid turut membantu. pak elyas, dan beberapa sahabat turut membantu menkafankan jenazah.

Jam 4.45 ptg - Solat Jenazah dan terus di bawa untuk di kebumikan di tanah perkuburan jalan dato keramat.

Hampir 30 tahun beliau betugas di USM pelbagai keranah dan peritiwa yang berlaku ....

aku mengenali beliau sejak april 2001, dengan panggil en mat.... tokey prepaid, tuan penasihat yang selalu bergurau dan melawan cakapnya... ingat membuka bisnes sendiri , bercita-cita mengusahakn tanah pusaka di teluk intan....

Al Fatihah buat Allahyarham Ahmad Tarmizi Bin Saai.
semoga rohnya dicucuri rahmat dan digolongkan bersama para solehin...

No comments: